Category Archives: Uncategorized

Pengukuran Penilaian Dalam Pendidikan:GA3113-MYD

Pengertian
Pengukuran dan Penilaian

 

Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan.
Penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status
semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah dan makmal, penilaian
dilakukan bagi mengetahui sama ada guru ‘mengajar’ dan pelajar ‘belajar’.

 

Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu
dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu
pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuran perlu
dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik kuliah dan makmal sering
menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang
penilaian pengajaran.

 

Seseorang guru biasanya merangka objektif
dan kandungan kursus yang hendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah
pengajaran kursus berkenaan. Kemudian, beliau akan menyediakan soalan sama ada
untuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Dalam merancang dan membina soalan, adalah
penting agar soalan-soalan tersebut relevan, sesuai dan menepati objektif
kursus yang dirancang dan kandungan yang diajar. Seterusnya, kertas…

View original post 419 more words

Bajet 2012. Mempercekap Perkhidmatan awam

56. Bajet 2012 akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. Sesungguhnya, SBPA digubal dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi. SBPA akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja. SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:

 

Pertama: Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

 

Kedua: Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit;

 

Ketiga: Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan

 

Keempat: Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

 

57. Kerajaan sentiasa prihatin ke atas beban kewangan yang ditanggung oleh pesara. Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600 ribu pesara Kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan 600 juta ringgit. Mulai tahun 2013 nanti, Kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.

 

58. Dunia yang semakin maju menyaksikan keterdepanan dalam teknologi dan sains perubatan. Hari ini, kita adalah sebuah negara yang secara relatifnya muda namun suka tidak suka, pada suatu masa nanti kita turut akan menghadapi fenomena biasa yang berlaku kepada mana-mana negara sedang meningkat maju dan maju. Antara elemennya, kadar kelahiran berkurang, keluarga memilih untuk mempunyai bilangan anak yang lebih kecil dan kadar penuaan meningkat. Lalu, adalah tidak ekonomikal sifatnya dalam keadaan begini jika umur persaraan tidak dilanjutkan, sedangkan harus barang diingat bahawa kerajaan akan menanggung kos gratuiti dan pembayaran pencen.

 

59. Ternyata, penjawat awam yang berumur antara 55 tahun hingga 60 tahun masih boleh memberi sumbangan berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka. Oleh itu, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam. Pelanjutan ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektor awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru.

 

Tuan Yang di-Pertua,

 

60. Kerajaan sentiasa berpegang kepada falsafah dan prinsip bahawa usaha memperbaiki diri dan menambah ilmu di dada tidak berpenghujung malah pembelajaran adalah satu proses sepanjang hayat. Untuk menjadi pelaksana yang berkesan kepada dasar-dasar kerajaan, penjawat awam mesti sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan, mempunyai pemikiran dinamik dan analitis.

 

61. Bagi maksud ini, Kerajaan akan menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa. Pada tahun 2012, Kerajaan dengan kerjasama IPTA akan menawarkan 5,000 peluang peringkat ijazah sarjana dan 500 lagi peringkat kedoktoran falsafah kepada penjawat awam yang layak, termasuklah para guru dengan peruntukan sebanyak 120 juta ringgit. Kita akan menawarkan 20,000 tempat kepada kumpulan guru diploma yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda. Untuk tujuan ini kerajaan akan memperuntukkan sejumlah 80 juta ringgit bagi tahun pertama. Kita yakin, dengan pendekatan ini, para penjawat awam dan para guru, secara keseluruhan perjalanan kerjaya mereka akan bertambah baik dengan peluang kenaikan pangkat yang lebih cerah.

 

62. Salah satu daripada lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik yang telah dikenal pasti dalam mentransformasikan negara adalah Penambahbaikan Kewangan Sektor Awam atau Public Finance Reform. Inisiatif ini akan dapat meningkatkan keberkesanan dan ketelusan pengurusan kewangan sektor awam. Selain itu, sistem pentadbiran cukai yang cekap dan berkesan merupakan prasyarat untuk memperluaskan asas cukai dan meningkatkan pematuhan oleh pembayar cukai. Langkah penguatkuasaan akan dipertingkatkan dengan melaksanakan operasi bersepadu bersama agensi berkaitan, di samping memperkukuhkan sistem ICT agensi pengutip hasil.

 

63. Kerajaan juga tentunya menghargai khidmat dan jasa kakitangan yang telah menamatkan kontrak dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang berjumlah seramai 4,300 orang. Bagi membantu golongan ini meringankan kos sara hidup, Kerajaan akan memberi bayaran khas sebanyak tiga ribu ringgit secara one-off.

 

Tuan Yang di-Pertua,

 

64. Lanjutan daripada ucapan saya sempena Hari Malaysia 16hb September baru-baru ini, kita bakal menempa wajah baru landskap sosiopolitik negara. Pemansuhan, pemindaan dan penggubalan kerangka perundangan baru bagi mengimbangi antara kepentingan keselamatan negara dan kebebasan individu akan memerlukan ‘Policing in a modern and open society’. Falsafah kepolisian yang dibentuk dalam era insurgency dan ketidaktentuan tidak lagi sesuai pada kontemporari ini. Kita mahu integriti dan wibawa pihak polis kekal terjunjung tinggi. Bagi merealisasikannya, kita memerlukan pasukan Polis yang moden dengan latihan yang sesuai dengan era baru, menuil teknologi moden, kelengkapan terkini dan cara penyiasatan dan pengumpulan bukti yang saintifik dan canggih. Untuk ini, peruntukan khas 200 juta ringgit akan disediakan. Manakala sejumlah 442 juta ringgit lagi akan diperuntukkan pada tahun 2012, untuk perbelanjaan pembangunan PDRM. Antara projek yang akan dilaksanakan merangkumi projek perumahan anggota polis, penambahbaikan ibu pejabat, balai dan pusat latihan.

 

65. Rakyat Malaysia turut insaf bahawa harga kita menikmati keamanan dan kemakmuran bukannya percuma. Ia dibayar oleh mereka yang menyarung seragam Angkatan Tentera Malaysia yang merupakan benteng pertahanan utama negara. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, sudah menjadi tugas kita untuk sentiasa memelihara kebajikan mereka. Kebajikan anggota tentera sentiasa menjadi perhatian Kerajaan bagi mempastikan anggota tentera fokus dalam menjalankan tugas. Tempat tinggal dan suasana kem yang selesa dapat menjadi pemangkin kepada prestasi kerja yang positif di kalangan anggota. Untuk itu, Kerajaan akan memperuntukkan 500 juta ringgit di bawah program Army Care untuk menaik taraf dan menyelenggarakan kem dan kuarters tentera di seluruh negara.

 

66. Terdapat seramai 175 ribu anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan setelah berkhidmat kurang daripada 21 tahun dan tidak menerima pencen. Akibatnya, mereka menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan untuk menampung kos sara hidup. Bagi meringankan beban golongan ini, Kerajaan akan menyediakan program latihan khusus untuk mereka yang sudah bersara tanpa pencen bagi menceburi bidang perniagaan serta membantu mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam dan swasta kepada mereka yang layak. Untuk melaksanakan insentif ini, sebanyak 50 juta ringgit akan disediakan.

 

67. Sejarah negara penuh dengan cerita-cerita wira yang tidak di dendang. Mereka yang apabila telah mendengar panggilan Pertiwi untuk berkhidmat, telah menyahutnya tanpa berlengah. Ini termasuklah lebih 48,000 bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat. Mereka terdiri daripada anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary Police, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Scout.

 

68. Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang mengenang budi. Kita tidak akan membiarkan wirawan dan wirawati tanpa pembelaan yang sewajarnya. Kita tidak sekali-kali seperti setengah pihak yang menafi dan memperlekehkan jasa bakti mereka. Sesungguhnya, keringat dan air mata mereka serta keluarga yang membasahi bumi bertuah ini akan terus malar dan segar dalam sanubari dan ingatan setiap rakyat Malaysia. Sebagai mengenang jasa bakti mereka, Kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak tiga ribu ringgit secara one-off kepada setiap bekas anggota serta duda dan balu mereka yang kesemuanya berjumlah hampir 62,000 orang. Sumbangan ini sedikit sebanyak diharapkan dapat membantu meringankan kos sara hidup.

Ketagih Facebook

Laman sosial, permainan komputer tumpulkan minda

HIDUP tidak lengkap tanpa internet, khususnya laman web sosial seperti Facebook. Tidak hairanlah jika ditanya, pasti ramai baik yang bergelar pelajar, pekerja serta suri rumah pasti mengakui ‘melekat’ di komputer melayari laman web itu saban hari.

Lebih parah lagi apabila obsesi laman web itu dipadankan dengan ketagihan bermain permainan komputer.

 

Namun, seperti mana masalah lainnya – ketagihan yang keterlaluan pasti ada padahnya.

Inilah amaran dibuat beberapa pakar perubatan termasuk pakar otak terkemuka Britain yang juga pensyarah Universiti Oxford, Susan Greenfield.

Menurutnya, obsesi melampau melayari laman web sosial dan permainan komputer boleh menjejaskan fungsi otak.

“Ketagihan internet boleh merubah otak dengan menjejaskan tumpuan dan mengurangkan aspek kepantasan reaksi atau rasa empati. Individu boleh menjadi seorang yang dingin, tidak peka atau sensitif dengan perasaan orang lain kerana fungsi otak mereka yang diubah kerana terlalu asyik dengan komputer.

“Ringkasnya, tabiat mereka itu menyebabkan minda mereka menjadi tumpul. Bagi saya, fakta ini sudah cukup membimbangkan dan sewajarnya diberi perhatian sama seperti tumpuan kepada isu perubahan cuaca.

“Ia mungkin lebih serius kerana membabitkan keupayaan seseorang itu berfikir dengan baik dan bagaimana otak itu berfungsi. Kita juga bimbang, andai ketagihan ini berterusan, ia boleh mewujudkan generasi yang lemah mindanya,” kata Greenfield ketika berucap pada Festival Sains Britain, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Greenfield berkata, kebimbangannya itu berlandaskan rasional berikutan kesan atau impak internet terhadap otak penggunanya.

“Penggunaan laman web sosial mengurangkan interaksi secara bersemuka.Golongan muda tidak lagi suka berbicara secara berdepan dan menyebabkan mereka tidak sensitif dengan perasaan atau endah reaksi rakan atau orang lain.

“Selain itu, penggunaan enjin carian mencari fakta menjadi halangan individu untuk belajar atau mentelaah. Akibatnya ramai yang terlalu bergantung kepada enjin carian bagi mendapatkan maklumat diingini daripada berikhtiar atau bersusah payah mencari fakta menerusi buku atau sumber rujukan lainnya,” katanya.

Menurut Greenfield, tabiat suka bermain permainan komputer pula mengajar pelbagai aspek negatif yang memudaratkan seperti menganggap kesilapan sebagai perkara biasa dan tidak perlu dibimbangkan.

“Di Britain, ada kanak-kanak yang menghabiskan masa lebih tujuh jam sehari di depan komputer. Mereka yang bermain permainan komputer ini hidup dengan dunia mereka sendiri. Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan sebelum mencapai misi itu sebaliknya mendidik mereka menjadi insan yang cuai atau lalai ketika melakukan kegiatan seharian,” katanya.

Itu, katanya, tidak termasuk aspek kesihatan yang disebabkan ketagihan laman web sosial dan permainan komputer seperti obesiti. Ini disebabkan pengguna tidak lagi suka begerak atau bersenam sebaliknya sanggup makan di depan komputer. Lebih memburukkan keadaan, waktu makan juga tidak diendahkan.

Kebimbangan Greenfield turut diakui pakar atau saintis saraf kognitif Universiti Tufts di Massachusetts, Amerika Syarikat, Maryanne Wolf.

“Saraf dalam otak yang selama ini digerakkan aktiviti membaca serta menganalisis kandungan bahan bacaan itu boleh terjejas apabila lebih ramai yang memilih untuk melayari internet. Kita tidak lagi berminat untuk menganalisis fakta yang diterima bulat-bulat menerusi enjin carian.

“Berikutan itu, kita tidak lagi mengajar otak untuk berfikir secara mendalam yang boleh menjejaskan fungsi otak apabila keadaan berlarutan.

“Saya bimbang, jika itulah yang dilakukan dari peringkat awal kehidupan iaitu kanak-kanak, bagaimana keadaannya apabila mereka dewasa kelak. Ia tidak hanya menjejaskan kehidupan seharian tetapi bagaimana mereka dapat menjadi pekerja yang cekap dan berdaya saing?” katanya.

Piramid Makanan

Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan yang
dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian palingbawah Piramid, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas. PiramidMakanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepadakandungan zat dan fungsinya.

ARAS 1
Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian

Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat
kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin,mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan iniperlu diambil paling banyak.
Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun,
roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang.

ARAS 2
Sayur-sayuran dan Buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Makanan ini kaya denganvitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.

ARAS 3
Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang

Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat.
Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah.

Hasil Tenusu
Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Plihlah hasil tenusu rendah lemak.

ARAS 4
Lemak, Minyak dan Gula
Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid.
Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan

Sukan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sukan dapat didefinisikan sebagai aktiviti fizikalyang dilakukan oleh seseorang individu untuk meningkatkan daya ketahanan di samping mencergaskanrohani serta minda seseorang. Justeru, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil oleh masyarakat kitauntuk menangani senario ini.Antara salah satu langkah utama untuk meningkatkan mutu sukan negara adalah dengan menjalani latihan intensif dalam sesuatu bidang sukan yang diceburi

Dalam konteks ini, kerajaan wajar berganding bahu bersama Kementerian Belia dan Sukan dengan memberi peluang kepada atlet negara menjalani latihan tambahan. Misalnya, pemain bola sepak perlu diberi kursus motivasi dan latihanintensif dengan teknik-teknik permainan yang terkini.Jika diteliti dengan mantik, generasi muda merupakan golongan yang bakal mencorak danmewarnai sukan negara.Oleh itu, langkahmencungkil bakat yang terpendam dalam diri seseorangindividu sejak di peringkat akar umbi perlu diberi penekanan.Rentetan itu, ibu bapa hendaklah menzahirkan semangat kesukanan dalam diri anak mereka seperti bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.Selain itu, masyarakat kita mesti memberi sokongan moral
Masyarakat tempatan hendaklah menyokong dan menaruh harapan terhadap para atlet tempatan. Reaksi ini secara tidak langsung akan membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri setiap pemain tempatan.Di samping itu,
mengambil jurulatih dari luar juga merupakan antara langkah yang boleh diambil oleh masyarakat kita dalam meningkatkan mutu sukan negara. Jika direnung kembali, pengambilan jurulatih dari luar akan mendedahkan para atlet negara kita dengan prosedur dan teknik-teknik terkini untuk menggondol kejuaraan di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa.Pendek kata, demikianlah langkah-langkah penting yang mesti diimplimentasi dalammeningkatkan lagi taraf sukan negara kita. Oleh yang demikian, setiap orang wajar mengelakkan sikap berpeluk tubuh dan mesti mempraktikkan langkah-langkah ini agar mutu sukan negara dapat ditingkatkan.

Kepentingan bersukan

bersukan merupakan satu aktiviti fizikal yang melibatkan keseluruhan pergerakan tubuh badan

Selamat datang ke blog Al faizan

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!