Undang-undang dan Peraturan

Pearturan dan Syarat-syarat Pertandingan
1. Undang-undang Permainan
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF)
dan Peraturan-Peraturan AM MSSMK/MSSM.

2. Jenis Pertandingan (Acara-acara)
Acara-acara bagi kejohanan tersebut adalah seperti beikut :-
2.1 Perseorangan Lelaki dan Perempuan Umur 12,15,18 tahun dan ke bawah.
2.2 Beregu Lelaki dan perempuan Umur 12,15,18 tahun dan ke bawah.
3. Pendaftaran Pemain

3.1 Setiap Cawangan dibenarkan mendaftar Dua (2) orang pemain bagi acara perseorangan dan
Dua (2) pasangan bagi acara beregu bagi setiap acara.
3.2 Seseorang pemain dibenarkan mengambil bahagian dalam acara perseorangan dan bergu
dalam kumpulan umurnya sahaja.
3.3 Semua pemain mestilah berumur 12 tahun , 15 tahun dan 18 tahun ke bawah pada 1hb.
JANUARI tahun kejohanan tersebut.
3.4 Bayaran :
3.4.1 Acara Perseorangan RM 3.00 seorang
3.4.2 Acara Beregu RM 6.00 sepasang.
4. Sistem Pertandingan
4.1 Pertandingan ini akan dijalankan secara “ Kalah Mati “
4.2 Keutamaan pemain (seeding) hendaklah diadakan.
4.3 Pertukaran pemain hanya boleh dibuat sebelum pertandingan dimulakan.

5. Cara Membentuk keputusan

5.1 Kedua-dua belah pihak hendaklah bertanding dalam satu game 21 mata dari pusingan awal

hingga ke pusingan Suku Akhir.
5.1.1 Pemain-pemain hendaklah menukar petak gelanggang pada mata 11
5.1.2 Tambahan tiga ( 3 ) mata hanya dua puluh (20) sama
5.1.3 Pada peringkat separuh akhir dan akhir, kedua pihak hendaklah bertanding dan
memenangi dua daripada tiga game, 11 mata untuk ( Perseorangan Perempuan)
dan 15 mata untuk (Peseorangan,Beregu Lelaki dan Beregu Perempuan)
6. Pakaian
6.1 Pakaian sukan mesti kemas, bersih dan sopan. Lukisan dan iklan tidak dibenarkan.
6.2 Sebarang jenis warna pakaian sukan dibenarkan tetapi tertakluk kepada syarat-syarat
Pengiklanan mengikut Undang-Undang Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF).
7. Gelanggang Permainan

7.1 Gelanggang hendaklah berbentuk segiempat tepat dan dibuat sepertimana di Rajah A
7.2 Garis-garis hendaklah yang mudah dibezakan dan seelok-eloknya berwarna putih dan kuning.
Gelanggang-gelanggang yang telah dipilih untuk perlawanan hendaklah mempunyai 9 meter
(30 kaki)Ketinggian yang minimum dari lantai keseluruhan gelanggang dan hendaklah ada
ruang lapang sekurang-kurangnya 2 meter ( 6.5 kaki ) mengelilingi semua garis-garis luar
gelanggang.
8. Alatan
8.1 Jenis bulu tangkis yang akan digunakan akan diputuskan oleh Pihak J/K Teknik MSSMK
8.2 Tiang8.2.1 Tiang-tiang hendaklah tinggi 1.55 meter dari permukaan gelanggang dan hendaklah
diletakkan digaris sempadan tepi untuk beregu seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
A
8.2.2 Sekiranya tiang-tiang tidak berada di garis-garis sempadan tepi, maka hendaklah
diusahakan satu cara untuk menunjukkan letaknya garis sempadan tepi di mana garis
itu lalu di bawah jarring. Misalnya menggunakan jalur bahan lebarnya 40 mm yang
dipasangkan pada garis sempadan tepi dan naik tegak ke tali jaring.
8.3 Jaring
8.3.1 Jaring hendaklah diperbuat daripada tali halus yang berwarna gelap dan sama tebal
dengan siratannya tidak kurang 15 mm dan tidak melebihi 20 mm
8.3.2 Labuh jaring hendaklah berukuran 760 mm
8.3.3 Bahagian atas sekali jaring itu hendaklah tingginya 1.524 meter dari lantai iaitu di
bahagian tengahnya dan 1.55 meter di bahagian garis-garis sempadan tepi untuk
acara bergu.
8.3.4 Tidak terdapat kawasan-kawasan yang renggang di antara hujung-hujung jaring dan
tiang-tiang. Tidak perlu keseluruhan hujung jaring hendaklah diikat kepada tiang.
9. Kelewatan

Masa 10 minit sahaja diberikan kepada setiap pemain yang datang lewat. Kemenangan percuma
akan diberikan kepada pemain yang berada di gelanggang.
10. Menarik diri atau Menyerah Kalah
Sekiranya seorang pemain menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan,
maka lawannya akan dikira pemenang.
11. Bantahan
Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Undang-Undang Persekutuan Badminton
Antarabangsa (IBF) dan Peraturan Am (13) MSSM
1 2. Juri Rayuan
Ahli Jawatankuasa Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minima) atau 7 orang
(maksima) daripada sekurang-kurangnya 3 orang wakil MSSK Daerah. Ketua Unit Sukan MSSMK
atau wakilnya adalah Pengerusi Juri Rayuan.
13. Lembaga Tatatertib
13.1 Lembaga ini terdiri daripada :
13.1.1 Pengarah Pelajaran atau wakilnya sebagai Pengerusi
13.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Teknik MSSMK atau wakilnya
13.1.3 Pegawai Pendidikan Daerah ( Pengelola Permainan Berkenaan ) atau wakilnya
13.1.4 Setiausaha Agung MSSMK atau wakilnya
13.1.5 Pengerusi Teknik Permainan Daerah berkenaan

13.2 Lembaga ini bertanggung jawab untuk :
13.2.1 Memberi amaran
13.2.2 Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu
13.3.3 Menyingkirkan daripada keseluruhan pertandingan
13.3.4 Menghantar laporan kepada MSSMK Daerah berkenaan supaya mengambl tindakan
tatatertib sejajar dengan tindakan disiplin mengikut kesalahan
14. Pekara-pekara yang tidak dinyatakan
14.1 Rehat tidak lebih dari 90 saat dibenarkan antara game pertama dan kedua.
14.2 Rehat tidak lebih dari 5 minit dibenarkan antara game kedua dan ketiga.
14.3 Rehat 30 minit dibenarkan selepas tamat perlawanannya.
14.4 Semua pemain mesti melaporkan diri kepada Pihak Jawatankuasa Pertandingan 15 Minit
sebelum perlawanan dijadualkan bermula.
14.5 Tiada masa kecederaan diberi.
14.6 Tambang dan makan/minum adalah dibawah tanggungan pihak Cawangan/Sekolah masing-
masing

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: